Langkau ke kandungan utama

Apakah ISO 9001?

Syarikat yang diakreditasikan dengan ISO9001 biasanya akan menggunakan pensijilan itu untuk menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mempunyai pensijilan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi kepada ISO 9001. Tetapi adakah pembaca faham apakah maksudnya jika sekiranya sesebuah syarikat/organisasi mempunyai pensijilan ini. Apakah gunanya, dan apakah yang terjadi setelah dipersijilkan?

Kenapa Sesebuah Syarikat Perlu Diakreditasikan dengan ISO9001

Sesebuah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang baik boleh menaikkan dan mempamerkan kredibiliti untuk mendapat projek-projek pembinaan.

Klien atau pemilik projek mempunyai projek dengan ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi kehendak kualiti mereka. Kehendak kualiti ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk kontrak dokumen. Jadi untuk memastikan bahawa sesebuah projek yang dijalankan oleh sesebuah kontraktor mematuhi kepada kehendak kualiti mereka, mereka perlulah memastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai Sistem Pengurusan Kualiti yang disahkan, dan satu-satunya akreditasi yang mengesahkan dan menjalankan audit untuk memastikan ianya berjalan lancar sepanjang tahun adalah ISO9001.

Artikel diatas dihurai dalam bahasa mudah dari ISO9000 Sekeyen 2.1 - Rationale for Quality Management System.

Apakah bezanya Sistem Pengurusan Kualiti dan Kualiti Produk? 

Soalan ini akan saya jawab dengan sebuah analogi mudah harian yang kita gunakan, terutama sebagai orang Islam, konsep pensijilan Halal.

Sebagai orang Islam, adalah wajib untuk mencari makanan yang halal, jadi jika kita mencari bahan makanan di kedai, restoran, bahan mentah untuk masakan, sudah pastilah pensijilan Halal menjadi keutamaan. Soalan saya, adakah mempunyai pensijilan Halal memastikan bahawa makanan itu sedap dan berkualiti tinggi? Jawapan yang akan saya terima sudah pastilah, TIDAK, kerana pensijilan Halal hanya untuk memastikan bahawa proses penyediaan makanan/bahan mentah adalah berpandukan syariat Islam, Apakah syariat tersebut? rujuklah kriteria yang disediakan oleh JAKIM.

Adakah ini bermakna masakan dirumah, oleh isteri atau ibu, tidak Halal? atau Nasi Lemak yang dijual di tepi jalan oleh Makcik yang kita kenal itu tidak Halal kerana tiada sijil. Sudah tentu bukan, ia mungkin Halal, namun bezanya tiada pensijilan dan tiada siapa menjalankan audit dari masa ke semasa menyatakan bahawa Nasi Lemak yang dibuat atau dapur di rumah mematuhi pensijilan Halal.

Samalah halnya dengan ISO 9001, ISO tidak menjamin bangunan/jalan/ atau apa-apa struktur yang dijalankan oleh sesebuah kontraktor adalah berkualiti, namun ia memastikan proses pengurusan kualiti sepanjang projek adalah mematuhi kepada ISO 9001 dan layak untuk mendapat pensijilan. Ia juga memberi jaminan kepada klien bahawa 'jangan bimbang terhadap kontraktor ini, apa sahaja kualiti yang klien mahukan akan dipatuhi melalui Sistem Pengurusan Kualiti yang mematuhi ISO 9001'.

Ini juga tidak bermakna bahawa setiap kontraktor yang tidak ada ISO tiada sistem pengurusan kualiti, tiada kualiti, cuma tidak dikawal dan tidak dipersijilkan dengan ISO 9001, maka tiada yang audit dan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa.

Setiap item dalam ISO9001 adalah bersifat generic(umum), maka jika anda mahukan ISO untuk syarikat anda, anda haruslah setkan, bagaimana is patut digunakan di syarikat anda. Contoh ,dalam bab 8.2.1 (c) - customer complaint, dalam sektor pembinaan, bagaimana cara menangani permasalahan ini adalah berdasarkan penggunaan Non-Conformance Report atau Site Memo, tetapi dalam sektor perubatan, bagaimana menangani permasalahan ini adalah dengan memperkenalkan borang aduan. Kaedah mungkin berbeza, namun pematuhan adalah sama, bergantung kepada kebijakan organisasi untuk mengolah pematuhan kepada setiap klausa dalam ISO tersebut.

Penerangan saya ini merupakan penerangan mudah yang diberikan dalam ISO9000 Seksyen 2.2 - Requirement for Quality Management System (QMS) & Requirement for Products

"The ISO9000 family distinguishes between requirements for QMS & requirements for products.

Requirements for QMS are specified in ISO9001. Requirements for QMS are generic and applicable to the organization in any industry or economic sector regardless of the offered product category. ISO 9001 itself does not establish a requirement for products

The requirement for products can be specified by the customer or by the organization in anticipation of customer requirements, or by regulation. The requirements for products and in some case associated processes can be contained in, for example, technical specification, product standards, process standards, contractual agreement, and regulatory requirements."

Ulasan

Silvia Faria berkata…
I know Laura well and she is principled, thoughtful, and extremely bright...more power to her!

iso 9000 malaysia
Hafeezriyas berkata…
Really this blog help me a lot to know some details. Thanks for sharing.
ISO 45001 Consultant in Oman

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban